Assalamualaikum..
hari ni nak kongsi sikit tentang semangat nasionalisme dan patriotisme...
BEESEMANGAT SANGAT2!!! ^___^
Semangat nasionalisme
dan patriotisme dicetuskan adalah berasaskan kepada rasa cinta terhadap bangsa
dan tanah air dan merujuk kepada bangsa
dan negara. Ringkasnya, nasionalisme adalah tekad untuk meneruskan hidup
sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas dari perbezaan
etnik, ras, dan agama.
Antara cara untuk menunjukkan semangat patriotisme dan
nasionalisme dengan menyertai sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun
bagi menjadikan masyarakat mempunyai jati diri yang kental. Hari kebangsaan
setiap tahun itu dijadikan wadah untuk meperbaharui azam mempertahankan
kemerdekaan pada masa depan. Sebagai contoh menyertai perarakan atau pun
menjadi sukarelawan bagi menjayakan hari kemerdekaan.
Di samping itu
mengibarkan jalur gemilang yang berkibar megah dan menyanyikan lagu-lagu
patriotik seperti “Negaraku”, “Jalur Gemilang”, “Bahtera Merdeka”, “31Ogos” dan
sebagainya sepanjang masa dan terutamanya hari kemerdekaan. Jalur gemilang yang
dikibarkan menunjukkan semangat rakyat malaysia dalam sambutan kemerdekaan.
Seperti mengibarkan di bangunan kerajaan, kereta dan rumah.
Selain itu, mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Apabila menyertai program latihan khidmat negara, kita
dapat bergaul dan mengenali pelbagai bangsa seperti melayu, india, cina dan
pelbagai etnik dari sabah dan sarawak. Hal ini akan dapat memupuk perpaduan
kaum serta integrasi nasional. Selain itu program latihan khidmat negara juga
menyediakan modul khas seperti kenegaraan dan sebagainya.
Seterusnya mengadakan pertandingan
menulis karangan tentang sejarah negara peringkat sekolah atau peringkat
kebangsaan. Pertandingan yang dijalankan membuatkan para pelajar akan membuat
banyak kajian dan pembacaan tentang sejarah kemerdekaan negara. Sebagai contoh,
pertanding menulis surat satu malaysia yang memfokuskan tentang tokoh-tokoh
kemerdekaan.
Menubuhkan lebih
banyak lagi sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan gabungan antara sekolah
melayu, india dan cina. Hal ini demikian, dapat merapatkan lagi hubungan antara
kaum. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika golongan
belia terbiasa dengan pergaulan denga bangsa lain, negara akan membangun dengan
sempurnanya.
Kesimpulannya, sebagai rakyat malaysia
kita seharusnya menghargai pengorbanan nenek moyang dahulu. Hal ini bagi melahirkan seorang modal insan yang
cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa
untuk masa akan datang.
No comments:
Post a Comment