Nikmat yang telah
dikecapi sejak mencapai kemerdekaan perlulah diisi dengan pelbagai kegiatan
yang mampu menjana kemajuan negara dengan lebih sempurna. Oleh itu kita perlulah
cara pendekatan baru untuk penghayatan nilai kemerdekaan yang lebih berkesan kepada
rakyat Malaysia.
Membuat pengubahsuaian dan penekanan tentang
semangat patriotik dalam kurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi
merupakan cara penghayatan kemerdekaan. Di sekolah rendah, mata pelajaran
sejarah diberi penekanan yang lebih bagi
memastikan pelajar-pelajar memahami erti kemerdekaan.Sebagai contoh menonton
video-video seperti ‘Hati Malaya’.
Selain itu, kempen perlulah dijalankan
oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memupuk
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan menyedari tentang
kepentingan semangat patriotik melalui kempen-kempen tersebut. Sebagai contoh,
media elektronik seperti radio dan televisyen hendaklah menyiarkan dokumentari
tentang patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang kemerdekaan.
Disamping itu, menayangkan filem seperti “Paloh” dan drama-drama yang
berkaitan.
Seterusnya, aktiviti sempena hari
kemerdekaan perlu diadakan di kampung-kampung. Hal ini memberikan sedikit
kelainan dan mendedahkan golongan belia tentang kemerdekaan. Aktiviti tersebut
perlu diadakan perlulah digalakkan pada peringkat taman perumahan. Sebagai
contoh melakukan forum tentang hari kebangsaan denga menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
kemerdekaan dahulu.
Selain itu, mengadakan lawatan sambil
belajar kepada pelajar-pelajar khususnya di muzium atau tempat-tempat
bersejarah. Pelajar akan lebih memahami dan berminat tentang sejarah kerana
mengadakan lawatan tidak akan membosankan mereka. Pembelajaran dalam kelas
sangat penting tetapi perlulah dilakukan lawatan supaya para pelajar boleh
mengigati peristiwa kemerdekaan dan mengambil pengajaran daripadanya.
Disamping itu, ibu bapa perlu mengambil
peranan dalam meningkatkan nilai kemerdekaan dalam kalangan remaja. Ibu bapa
perlulah membiasakan anak-anak mereka dengan cerita-cerita rakyat yang
berunsurkan kemerdekan. Hal ini dapat mengajar anak-anak untuk mengenali
warisan dan budaya.
Tuntasnya, nilai kemerdekaan perlulah
dididik bagi memajukan diri dan negara. Jati diri akan terpadam jika masyarakat
tidak ada perasaan cinta akan negara.
No comments:
Post a Comment