I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 26, 2012

Penghayatan Kemerdekaan


 Nikmat yang telah dikecapi sejak mencapai kemerdekaan perlulah diisi dengan pelbagai kegiatan yang mampu menjana kemajuan negara dengan lebih sempurna. Oleh itu kita perlulah cara pendekatan baru untuk penghayatan nilai kemerdekaan yang lebih berkesan kepada rakyat Malaysia.
        Membuat pengubahsuaian dan penekanan tentang semangat patriotik dalam kurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan cara penghayatan kemerdekaan. Di sekolah rendah, mata pelajaran sejarah diberi  penekanan yang lebih bagi memastikan pelajar-pelajar memahami erti kemerdekaan.Sebagai contoh menonton video-video seperti ‘Hati Malaya’.
        Selain itu, kempen perlulah dijalankan oleh   pihak yang bertanggungjawab bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan menyedari tentang kepentingan semangat patriotik melalui kempen-kempen tersebut. Sebagai contoh, media elektronik seperti radio dan televisyen hendaklah menyiarkan dokumentari tentang patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang kemerdekaan. Disamping itu, menayangkan filem seperti “Paloh” dan drama-drama yang berkaitan.
        Seterusnya, aktiviti sempena hari kemerdekaan perlu diadakan di kampung-kampung. Hal ini memberikan sedikit kelainan dan mendedahkan golongan belia tentang kemerdekaan. Aktiviti tersebut perlu diadakan perlulah digalakkan pada peringkat taman perumahan. Sebagai contoh melakukan forum tentang hari kebangsaan denga menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu.
        Selain itu, mengadakan lawatan sambil belajar kepada pelajar-pelajar khususnya di muzium atau tempat-tempat bersejarah. Pelajar akan lebih memahami dan berminat tentang sejarah kerana mengadakan lawatan tidak akan membosankan mereka. Pembelajaran dalam kelas sangat penting tetapi perlulah dilakukan lawatan supaya para pelajar boleh mengigati peristiwa kemerdekaan dan mengambil pengajaran daripadanya.
        Disamping itu, ibu bapa perlu mengambil peranan dalam meningkatkan nilai kemerdekaan dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlulah membiasakan anak-anak mereka dengan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan kemerdekan. Hal ini dapat mengajar anak-anak untuk mengenali warisan dan budaya.
        Tuntasnya, nilai kemerdekaan perlulah dididik bagi memajukan diri dan negara. Jati diri akan terpadam jika masyarakat tidak ada perasaan cinta akan negara.

Semangat Patriotisme dan Nasionalisme

Assalamualaikum..

hari ni nak kongsi sikit tentang semangat nasionalisme dan patriotisme...
BEESEMANGAT SANGAT2!!!  ^___^


             Semangat nasionalisme dan patriotisme dicetuskan adalah berasaskan kepada rasa cinta terhadap bangsa dan tanah  air dan merujuk kepada bangsa dan negara. Ringkasnya, nasionalisme adalah tekad untuk meneruskan hidup sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas dari perbezaan etnik, ras, dan agama.
Antara cara untuk menunjukkan semangat patriotisme dan nasionalisme dengan menyertai sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun bagi menjadikan masyarakat mempunyai jati diri yang kental. Hari kebangsaan setiap tahun itu dijadikan wadah untuk meperbaharui azam mempertahankan kemerdekaan pada masa depan. Sebagai contoh menyertai perarakan atau pun menjadi sukarelawan bagi menjayakan hari kemerdekaan.
 Di samping itu mengibarkan jalur gemilang yang berkibar megah dan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti “Negaraku”, “Jalur Gemilang”, “Bahtera Merdeka”, “31Ogos” dan sebagainya sepanjang masa dan terutamanya hari kemerdekaan. Jalur gemilang yang dikibarkan menunjukkan semangat rakyat malaysia dalam sambutan kemerdekaan. Seperti mengibarkan di bangunan kerajaan, kereta dan rumah.
        Selain itu, mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Apabila menyertai program latihan khidmat negara, kita dapat bergaul dan mengenali pelbagai bangsa seperti melayu, india, cina dan pelbagai etnik dari sabah dan sarawak. Hal ini akan dapat memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Selain itu program latihan khidmat negara juga menyediakan modul khas seperti kenegaraan dan sebagainya.
        Seterusnya mengadakan pertandingan menulis karangan tentang sejarah negara peringkat sekolah atau peringkat kebangsaan. Pertandingan yang dijalankan membuatkan para pelajar akan membuat banyak kajian dan pembacaan tentang sejarah kemerdekaan negara. Sebagai contoh, pertanding menulis surat satu malaysia yang memfokuskan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan.
 Menubuhkan lebih banyak lagi sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan gabungan antara sekolah melayu, india dan cina. Hal ini demikian, dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika golongan belia terbiasa dengan pergaulan denga bangsa lain, negara akan membangun dengan sempurnanya.     
        Kesimpulannya, sebagai rakyat malaysia kita seharusnya menghargai pengorbanan nenek moyang dahulu. Hal ini  bagi melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa  untuk masa akan datang.

Tuesday, October 02, 2012


Assalamualaikum...
salam satu malaysia 
salam salaman..
salam sejahtera... mula dahhhh...


cerita tentang kehidupan d universiti..hmm

perjalanan menuju menara gading ni mmg payah gak.. tapi demi keluarga tercinta akan ku cuba sehabis baik..
alhamdulillah sampai jgk..
 langkah seterusya meneruskan perjuangan lagi utk mncapai matlamat yang lain..


campus life... hmmmm..
kehidupan dalam kmpus sgt best tapii tidak semuanya indah... 
sebelum masuk U..cikgu seronok cerita tntg kehidupannya d Universiti dulu.. sanagt2 indah.. so terbayang2 dan prsaan ign tahu mcm mna sebenarnya kehidupan d universiti ni...

Berjauhan dengan family satu cabaran..  hidup berdikari d negeri orang.. jumpa banyak org yang bermacam2 perangai, karenah, dan yang sama waktu dengannya.pada mulanaya sgt takut sbb takut org x faham apa yang aq cakap dan takut aq x boleh sesuaikan diri d tmpat org.. 
risau mcm mna nk bergaul... mcm2 yang ada d kepala ni.. adoiii.. 

Datang2 jak d universiti ni ada minggu orentasi... mggu yang sangat2 memenatkan... biasa la pelajar baru msti alami semua tu.. 
apa pon satu pngalaman yang baru ..
sebelum ni belum prnh rsa lagi orentasi yang mnyiksakan kaki dan seluruh watakale ahahaha...
sanagt2 mencabar.. 
banyak jgk aq mengeluh tapi dalam hati jak la..

banyak lagi cerita tapi cukup2 sudah.. sampai di sini.. 
masa utk stdy.