I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 26, 2012

Penghayatan Kemerdekaan


 Nikmat yang telah dikecapi sejak mencapai kemerdekaan perlulah diisi dengan pelbagai kegiatan yang mampu menjana kemajuan negara dengan lebih sempurna. Oleh itu kita perlulah cara pendekatan baru untuk penghayatan nilai kemerdekaan yang lebih berkesan kepada rakyat Malaysia.
        Membuat pengubahsuaian dan penekanan tentang semangat patriotik dalam kurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan cara penghayatan kemerdekaan. Di sekolah rendah, mata pelajaran sejarah diberi  penekanan yang lebih bagi memastikan pelajar-pelajar memahami erti kemerdekaan.Sebagai contoh menonton video-video seperti ‘Hati Malaya’.
        Selain itu, kempen perlulah dijalankan oleh   pihak yang bertanggungjawab bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan menyedari tentang kepentingan semangat patriotik melalui kempen-kempen tersebut. Sebagai contoh, media elektronik seperti radio dan televisyen hendaklah menyiarkan dokumentari tentang patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang kemerdekaan. Disamping itu, menayangkan filem seperti “Paloh” dan drama-drama yang berkaitan.
        Seterusnya, aktiviti sempena hari kemerdekaan perlu diadakan di kampung-kampung. Hal ini memberikan sedikit kelainan dan mendedahkan golongan belia tentang kemerdekaan. Aktiviti tersebut perlu diadakan perlulah digalakkan pada peringkat taman perumahan. Sebagai contoh melakukan forum tentang hari kebangsaan denga menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu.
        Selain itu, mengadakan lawatan sambil belajar kepada pelajar-pelajar khususnya di muzium atau tempat-tempat bersejarah. Pelajar akan lebih memahami dan berminat tentang sejarah kerana mengadakan lawatan tidak akan membosankan mereka. Pembelajaran dalam kelas sangat penting tetapi perlulah dilakukan lawatan supaya para pelajar boleh mengigati peristiwa kemerdekaan dan mengambil pengajaran daripadanya.
        Disamping itu, ibu bapa perlu mengambil peranan dalam meningkatkan nilai kemerdekaan dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlulah membiasakan anak-anak mereka dengan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan kemerdekan. Hal ini dapat mengajar anak-anak untuk mengenali warisan dan budaya.
        Tuntasnya, nilai kemerdekaan perlulah dididik bagi memajukan diri dan negara. Jati diri akan terpadam jika masyarakat tidak ada perasaan cinta akan negara.

Semangat Patriotisme dan Nasionalisme

Assalamualaikum..

hari ni nak kongsi sikit tentang semangat nasionalisme dan patriotisme...
BEESEMANGAT SANGAT2!!!  ^___^


             Semangat nasionalisme dan patriotisme dicetuskan adalah berasaskan kepada rasa cinta terhadap bangsa dan tanah  air dan merujuk kepada bangsa dan negara. Ringkasnya, nasionalisme adalah tekad untuk meneruskan hidup sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas dari perbezaan etnik, ras, dan agama.
Antara cara untuk menunjukkan semangat patriotisme dan nasionalisme dengan menyertai sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun bagi menjadikan masyarakat mempunyai jati diri yang kental. Hari kebangsaan setiap tahun itu dijadikan wadah untuk meperbaharui azam mempertahankan kemerdekaan pada masa depan. Sebagai contoh menyertai perarakan atau pun menjadi sukarelawan bagi menjayakan hari kemerdekaan.
 Di samping itu mengibarkan jalur gemilang yang berkibar megah dan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti “Negaraku”, “Jalur Gemilang”, “Bahtera Merdeka”, “31Ogos” dan sebagainya sepanjang masa dan terutamanya hari kemerdekaan. Jalur gemilang yang dikibarkan menunjukkan semangat rakyat malaysia dalam sambutan kemerdekaan. Seperti mengibarkan di bangunan kerajaan, kereta dan rumah.
        Selain itu, mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Apabila menyertai program latihan khidmat negara, kita dapat bergaul dan mengenali pelbagai bangsa seperti melayu, india, cina dan pelbagai etnik dari sabah dan sarawak. Hal ini akan dapat memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Selain itu program latihan khidmat negara juga menyediakan modul khas seperti kenegaraan dan sebagainya.
        Seterusnya mengadakan pertandingan menulis karangan tentang sejarah negara peringkat sekolah atau peringkat kebangsaan. Pertandingan yang dijalankan membuatkan para pelajar akan membuat banyak kajian dan pembacaan tentang sejarah kemerdekaan negara. Sebagai contoh, pertanding menulis surat satu malaysia yang memfokuskan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan.
 Menubuhkan lebih banyak lagi sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan gabungan antara sekolah melayu, india dan cina. Hal ini demikian, dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika golongan belia terbiasa dengan pergaulan denga bangsa lain, negara akan membangun dengan sempurnanya.     
        Kesimpulannya, sebagai rakyat malaysia kita seharusnya menghargai pengorbanan nenek moyang dahulu. Hal ini  bagi melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa  untuk masa akan datang.

Tuesday, October 02, 2012


Assalamualaikum...
salam satu malaysia 
salam salaman..
salam sejahtera... mula dahhhh...


cerita tentang kehidupan d universiti..hmm

perjalanan menuju menara gading ni mmg payah gak.. tapi demi keluarga tercinta akan ku cuba sehabis baik..
alhamdulillah sampai jgk..
 langkah seterusya meneruskan perjuangan lagi utk mncapai matlamat yang lain..


campus life... hmmmm..
kehidupan dalam kmpus sgt best tapii tidak semuanya indah... 
sebelum masuk U..cikgu seronok cerita tntg kehidupannya d Universiti dulu.. sanagt2 indah.. so terbayang2 dan prsaan ign tahu mcm mna sebenarnya kehidupan d universiti ni...

Berjauhan dengan family satu cabaran..  hidup berdikari d negeri orang.. jumpa banyak org yang bermacam2 perangai, karenah, dan yang sama waktu dengannya.pada mulanaya sgt takut sbb takut org x faham apa yang aq cakap dan takut aq x boleh sesuaikan diri d tmpat org.. 
risau mcm mna nk bergaul... mcm2 yang ada d kepala ni.. adoiii.. 

Datang2 jak d universiti ni ada minggu orentasi... mggu yang sangat2 memenatkan... biasa la pelajar baru msti alami semua tu.. 
apa pon satu pngalaman yang baru ..
sebelum ni belum prnh rsa lagi orentasi yang mnyiksakan kaki dan seluruh watakale ahahaha...
sanagt2 mencabar.. 
banyak jgk aq mengeluh tapi dalam hati jak la..

banyak lagi cerita tapi cukup2 sudah.. sampai di sini.. 
masa utk stdy.


Wednesday, February 22, 2012

WANITA




baru muncul utk update my blog..

berminggu-minngu ditglkn tanpa berita.. kesian blog aku ni..
ermm hari ni aku layan berabis lagu ni... best sgt2..
lagu WANITA by De Hearty.. 
layan sat ..

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 





wanita...wanita...
alhamdulillah..

wanita solehah

cantik rupamu perlu dihiasi dengan hiasan iman,ilmu dan akhlak
elok peribadimu...
pastinya idaman lelaki budiman

wanita solehah bakal menjadi istri yang solehah di sisi seorang suami idaman
bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal dilahirkan..
yang menjadi penyeri hidup



Saturday, January 07, 2012

Azam Tahun Baru :P

Assalamualaikum ..

masih belum terlambat lagi nk ucap selamat tahun baru...
:) yaaahooooo!!! tahun baru sudah tiba n mulakan dengan azam yang baru. Azam tahun 2011 bru tercapai sbnyak 80% ...apa pun rira ok la kan..huhuuhu...sparuh lgi belum trcapai sbb belum dapat keputusan.. kalau dapat bru taw sama ada azam 2011 tercapai sepenuhnya ataw tidak.. 

azam untuk tahun 2012 ni ermm banyak.. antaranya dari segi kesihatan..
maw mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. sebab sebelum ni hantam jak apa maw di makan. skg dikawal dengan sebaik-baiknya selagi tidak memudaratkan diri sendiri.

MISI YANG UTAMA PADA TAHUN NI IALAH CAPAI BERAT BADAN YANG DIIDAMKAN IAITU 50KG..HAHAHAH...CAYOK2 PAJEK!!

kira sesuai la dengan tinggi. skg ni mmg berat badan ok dengan ketinggian tapi maw yang lebih baik lagi...
misi ni saya kongsi bersama my BONDA TRCINTA..hehe.. sejak ada prgrm JOM SIHAT!! di kawasan perumahan ni..banyak sdh org yg obes2, warga tua, cikgu2  sdh  mula berjoging.. tiap hari tgk seawal jam 5.45 ada sdh yg mula.. ada yang hari2, ada yang 3 kali seminggu... n macam2 la..


dulu susah mau tgk org berjoging ..jarang sangat2..kalau ada pun diketawakan..pelik2.. alhamdulillah smnjk adanya prgm ni semua sedar tntg pnjagaan ksihatan. bersemangat IBUK2 di TAMAN SRI BALUNG ni bersenam, jaga pmakanan untuk KURUSKAN BADAN..heheheehe i like. jempol bah.hehe




^___^ 








Tuesday, December 20, 2011

KAWAN OH KAWAN


ASSALAMUALAIKUM ...

macam biasa lah... hari ni nk cerita  tntg  KAWAN...

saya suka berkawan. bnyak kebaikan kalau kita banyak kawan
tetapi ada gak keburukannya.....
ada kawan yang ok..kira  baik la kan. klau nak cakap kawan baik sgt2  ...rsanya x ada g  sbb x ada orang yang sempurna kan dan ada juga kawan yg kadang2 baik kadang2 jahat.. ada kawan yang datang dapatkan kita bila nak sesuatu n msa susah pas tu hilang .. 
mcm biasa la.. mcm2 jenis kawan. 

apa pun kita haruslah berdoa supaya dapat sahabat yang baik dan sentiasa berada d samping kita ketika susah dan senang. INSYA ALLAH..

nak kosgi skt hadis rasulullah::

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)





 Alhamdulillah saya dipertemukan dengan kawan2 yang memahami, x sombong , peramah dan sangat menghargai. Nak kongsi sikit antara kawan yang paling saya sayang.. :) kawan 1 malaysia

MARNIE DAHLAN




marni banyak membantau saya... bnyk perkara yang kami kongsi.. memori indah bersama x dapat di lupa...asehh...hehehe. nama comei dia marek. semua org yg kenal dia ( yg rapat jak) pgl dia gna nama tu.
marni seorang yang peramah, suka mengalah ( kalau sudah bacccat la gan seseorg)..penyayang (yup2)and CUTE!! hehe. banyak g tntg c marekk nie..
apa pun harap persahabatan kami kekal dan harap my best2 friend ni dapat menjadi seorang polis yg
berwibawa , berjaya..n sentiasa mantop2 :) ^___^


my BFF yg kedua ni sangat comei orgnya... dia ni asal dari Nakadnas ( Sandakan)


THAQIFAH
kawan2 suka pgil dia IFA, QIFAn.. ada g la.. tu yg selalu d gnakn la. skg ni dia ada d sandakan n sekolah d sana.. so x taw la apa plk nma glamor dia di sana .. :) apa pun
walaupun dia jauh d mata tapi dekat d hati..hehe
alhamdulillah kmi masih lagi berhubung d laman sosial ni ( pesbukk)

qifa seorang yang peramah, berani.. kdg2 gerigau sikit..hehehe n banyak g la.
kami kawan dri form 1 tpi mula rapat msa form 5 smpai la skg.
hopefully kami dapat berjumpa lgi n pgi kbox, jalan2 cari S.D( haha main2 jew) n mcm2 g la.


RINIE



rinie @ oh-rain nma glamor dia la.. kami kenal dari kecil lagi .. darjah 3 tapi x berapa rapat la.. kenal2 mcm 2 jak. Masa  form 5 kmi mula rapat n mnjadi best friend. 
rini ni.. dia seorang yg penyayang, baik hati , kadang2 pendiam kadang2 bising ..hehe
and  quite sensitive sikit hehe...
rini pernah cakap dia nak jadi seorg police traffic.. dan sebagai kawan saya harap dia berjaya ,capai cita2nya n bahagia di samping yg tersayang.


perkara yang paling penting dalam persahabatan ini ialah saling memahami antara satu sama lain, berterus terang dalam keadaan yang tertentu dan sentiasa jujur dalam persahabatan. Dengan izin ALLAH S.W.T, segala pa yang dirancangkan dan kita laksanakan akan sentiasa dibawah keredhaan dan keberkatan dariNya.


INSYA ALLAH SAYA AKAN JAGA PERSAHABATAN YANG SEDIA TERJALIN INI DENGAN BAIK DAN HARMONI, AGAR SETIA HINGGA KE AKHIRNYA.

Monday, December 19, 2011

Menikmati raja segala buah..yummm2 ! !

Assalamualaikum

sebelum saya memulakan cerita hari ni.... saya nak berpantun sikit nie.. :) 

Indah berbalam si awan petang,
berarak di celah pepohon ara;
pemanis kalam selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.
ALHAMDULILLAH

Hari yang memenatkan tetapi pada masa yang sama sangat menyeronokkan..
my BONDA ajak pergi makan buah durian dan makan buah rambutan di rumah kawan...yummmm2
sedap sangat2. makan sampai puas...
alhamdulillah rezeki hari nie... bersyukur sangat2. 

walaupun muka terbakar ni sebab terpaksa tolong orang sambut buah rambutan di bawah dan kerengga pon apa lagi buat kerja dengan baik dengan menyerang dn mgigit2 ..adoiii
tapi aku tetap sabar menuggu buah rambutan yang merah2 ... wahh.. 
dan tidak sabar untuk makan..  itu WAJIB tu.. 
makan yang penting..




msa sibuk pgt buah rambutan yang terjatuh tu aku terjumpa buah durian..waduh2
sedapnya bau.. terus layan buah durian..kesian rambutan tu.
terus di simpan. NIKMAT sangat2.. tapi x boleh bawa balik.. berat. x larat. rumah kawan tu dalam kebun n jauh sangat. meredah semak lgi.. yg dapat d bawa balik rambutan jak.. 





ha... ini lah hasilnya.. xsabo2 nk makan ni... :)

pada masa yang sama aku ada lawat kambing2 peliharaan kawan aku ni.. comei2 semuanya.
yang unik tentang kambing ni... kmabing2 ni makan apa2 jak yang d bagi. kata kawan aku rambutan pon kmbing tu makan... wahh dengan biji2 sekali d mkn tu..



tgkk..hehe kambing ni makan jak. tapi rasa  geli sikit la. sbb kambing ni menjilat jari org..aduhhh  mngada2 gak gmbing ni..hehehe. nasib baik x boleh keluarkn kambing ni..klau la boleh dah aku naik atas dia..hehe..




ini lah antara rambutan yang dapat d jolok dan d kutip..hahaha..
banyak sgt2.. sambil kutip2 buah rambutan tu sempat gak la makan2.. penuh d tangan n penuh gak d mulut ..hahah
 x boleh lepas.. makan jak. 

apa pon sgt mnyeronokkan dan dapat mngeratkn hubungan silaturrahim gan BONDA and gan kawan2..